Eva Peron
Eva Peron

Eva Peron

Peron mempunyai dua personaliti dan saya juga harus mempunyai sifat yang serupa: Saya adalah Eva Peron, isteri Presiden, yang tugasnya adalah mudah dan boleh diterima ... dan saya juga adalah Evita, isteri pemimpin sebuah bangsa yang telah melonggokkan kesemua kepercayaan, harapan dan kecintaan mereka kepada beliau .María Eva Duarte de Perón (lebih dikenali dengan nama Evita (7 Mei 191926 Julai 1952) adalah isteri kedua Presiden Argentina Juan Domingo Perón (18951974) dan Wanita Pertama Argentina sejak 1946 hingga wafatnya pada 1952. Meskipun beliau tidak pernah secara rasmi terpilih menjadi tokoh politik, sebagai Wanita Pertama beliau memiliki lebih banyak kekuasaan dan pengaruh dalam pemerintahan daripada sesiapapun, kecuali suaminya. Di antara kaum miskin dan kelas pekerja Argentina, beliau mempunyai karisma yang tiada tolok bandingnya di luar monarki.Eva telah membentuk Yayasan Eva Perón, yayasan amal yang membangun ribuan rumah dan sekolah untuk kaum perempuan dan kaum miskin dan untuk pertama kalinya dalam sejarah Argentina menjamin tidak ada ketimpangan dalam pemeliharaan kesihatan untuk warganya. Eva juga memimpin pembentukan Parti Peronis Wanita, yang merupakan parti politik wanita pertama di negaranya. Pada tahun 1951, Eva mengadakan kempennya untuk mencalonkan dirinya menjadi Naib Presiden Argentina. Hal ini ditentang hebat oleh tentera Argentina, kaum elit, dan akhirnya suaminya sendiri. Andainya Eva terpilih, beliau akan menjadi wakil presiden perempuan pertama di dunia. (Gelaran ini akhirnya jatuh ke tangan isteri ketiga Perón, Isabel Perón, yang ironisnya berusaha meniru Eva.) Pada tahun 1952, Eva mendapat gelaran rasmi "Pemimpin Rohani Bangsa".